Timbalan Menteri Pelancongan kesal terima aduan tentang keadaan menyedihkan di lapangan terbang Miri

Kredit gambar MC Tan

MIRI--Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew dijadual meninjau keadaan Lapangan Terbang Miri susulan beberapa aduan awam yang dimuat naik di laman sosial facebook.

Ting ketika dihubungi Borneo Network berkata beliau sendiri akan turun padang melakukan tinjauan untuk melihat dari dekat keadaan Lapangan Terbang Miri yang dilaporkan berada dalam keadaan agak 'teruk', seolah-olah tidak diselenggara.

Kredit gambar MC Tan

"Ya, saya mengambil maklum tentang aduan tersebut dan akan melakuka tinjauan ke Lapangan Terbang Miri pada 1 Februari ini (Rabu) ....saya telah memaklumkan kepada pihak pengurusan Malaysia Airport Berhad (MAB)," ujarnya ringkas melalui aplikasi WhatApps.

Tambahnya, beliau turut menerima beberapa aduan beserta gambar keadaan Lapangan Terbang Miri dari orang awam berkata.

Kredit gambar MC Tan

Ujarnya, pihaknya amat memandang serius berhubung situasi tersebut.

Beberapa hari lalu, beberapa gambar keadaan terkini Lapangan Terbang Miri yang nampak usang dan tidak diselenggara dengan baik telah dimuat naik warga net yang mahu pihak berwajib mengambil tindakan segera.

Terletak di tengah-tengah pusat bandar, Lapangan Terbang Miri telah mula beroperasi sejak tahun 1980-an.

Terdapat sejumlah 15 kaunter dafter masuk, antaranya daripada Malaysia Airlines /Maswings dan Air Aisa.

Kredit gambar MC Tan

Ia mempunyai terminal yang boleh menampung sehingga 2 juta penumpang setiap tahun.

Menjelang akhir tahun 2019, kapasiti lapangan terbang ini ditingkatkan sehingga 3 juta penumpang setahun.






Next Post Previous Post