11 kaki judi dicekup dalam Op Dadu
KUCHING--Seramai 11 kaki judi ditangkap dalam Op Dadu judi online dalam serbuan Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mulai Sabtu hingga semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, tangkapan terdiri daripada lima orang lelaki tempatan, lelaki warga asing dan seorang wanita warga asing berusia antara 20 hingga 40 tahun.
"Tangkapan di kawasan pentadbiran Balai Polis Gita itu membabitkan rampasan wang tunai sebanyak RM2,296, 11 unit telefon bimbit pelbagai jenama.
"Sebanyak sembilan kertas siasatan telah dibuka iaitu lapan di bawah Seksyen 4 (1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu perjudian atas talian dan di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu perjudian loteri awam tanpa lesen," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahsmon berkata, pihak polis mengalu-alukan sebarang maklumat berkaiatan aktiviti perjudian di Daerah Kuching dengan menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.