Rumah panjang Bujang, Rantau Kiran Nanga Mendamit terbakar, kawasan tiada pili bomba


LIMBANG: Rumah panjang Bujang di Rantau Kiran Nanga Mendamit musnah terbakar dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap PGO Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.48 pagi lalu Pasukan Bomba Sukarela (PSB) Nanga Mendamit bagi membantu memadam serta mengawal kebakaran.

"Sampai di lokasi kejadian pada jam 7.58 pagi, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan rumah panjang berkenaan," ujarnya.

Pasukan bomba katanya mengalami kesukaran untuk memadam kebakaran kerana tiada pili bomba di kawasan tersebut.

Kebakaran ujar beliau telah memusnahkan 100 peratus komponen rumah panjang terbabit.

"Bagi memadam kebakaran yang berlaku, pasukan bomba terpaksa menggunakan air daripada stok simpanan air dari tangki simpanan air penduduk rumah panjang," jelas beliau.

Ketika ini katanya,kerja-kerja memadam kebakaran sedang giat dijalankan.

Jumlah keluarga terlibat bagaimanapun masih belum dapat disahkan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.