Anak ikan paus terdampar di pantai kampung nelayan Batu 4 Kuala Baram diselamatkan

Gambar PGO Sarawak
MIRI: Pasukan bomba bertindak menyelamatkan seekor anak ikan paus sepanjang dalam anggaran 4 meter yanh terdampar di kawasan pantai Kampung Nelayan Batu 4 Kuala Baram pada tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata, sepasukan anggota bomba dari BBP Lutong bergerak ke lokasi dinyatakan sejurus menerima panggilan berhubung anak ikan paus yang terdampar itu pada jam 12 tengah hari.
"Setibanya di lokasi pantai, pasukan boma mendapati sememangnya terdapat seekor anak ikan paus sepanjang 4meter terdampar di tepi pantai.
Operasi menyelamat katanya, telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam menolak anak ikan paus terbabit ke kawasan yang lebih dalam bagi memudahkannya untuk berenang ke laut.
Setelah operasi berjaya dijalankan pasukan bomba balik ke balai.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.