Pecah rekod 100 meter sukan SEA dikejar polis, tujuh dicekup termasuk penganjur ketika leka sabung ayam
Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Wong Tee Kue berkata, tangkapan itu hasil pemantauan dan risikan maklumat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan dalam satu serbuan untuk mengekang gejala sosial tersebut yang telah dibuat di kampung berkenaan kerana menjalankan aktiviti sabung ayam.
"Apabila menyedari kehadiran pihak Polis beberapa peserta telah melarikan diri namun seramai tujuh lelaki cberjaya ditangkap termasuk penganjur aktiviti tersebut," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi IPD Simunjan hari ini.
Tambah Wong, polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan semasa aktiviti sabung ayam.
"Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Simunjan untuk tindakan lanjut," jelasnya.
Tegasnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Langkah-Langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1953.
"Jika sabit kesalahan, kesemua suspek berdepan hukuman denda RM1,000 atau tiga bulan penjara," katanya.
"Jangan cuba melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang yang boleh membawa musibah seperti penyalahgunaan dadah, judi dan sabung ayam yang merugikan diri sendiri dan keluarga tersayang.
"Sekiranya ahli masyarakat mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti tersebut bolehlah salurkan kepada pihak IPD Simunjan untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.