Lelaki maut kereta dipandu terbabas dalam parit di Jalan Nyelong Bypass




SARIKEI-- Seorang lelaki disahkan meninggal dunia setelah kenderaan pikap dipandunya melanggar tiang elektrik lalu terbabas ke parit dalam satu kemalangan di Jalan Nyelong Bypass di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Lau Chung berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.




Jelasnya, bomba menerima panggilan berhubung kemalangan itu sekitar jam 3.55 pagi dan mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei ke lokasi.

"Setiba pihak bomba di lokasi mendapati sebuah kenderaan jenis Ford Raptor bernombor dipandu seorang lelaki telah terbabas ke dalam parit. 

"Kenderaan tersebut dipercayai telah melanggar tiang elektrik sebelum terbabas," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Tambahnya, bomba bertindak mengeluarkan mangsa dan telah disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian. 

Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

Operasi tamat pada jam 4.47 pagi.

Kes masih dalam siasatan polis.




Next Post Previous Post