Sarang serangga berbisa sebesar tayar Kancil berjaya dimusnah APM Miri

 

Gambar ihsan APM Miri

MIRI--Kehadiran sekumpulan lebah menghurungi parkir kenderaan sebuah kediaman di Jalan Kampung Tukau pada Khamis , telah membawa kepada penemuan koloni serangga berbisa itu.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Miri (APM) Lt(PA)Mirwan Shah Masri, pengadu, seorang lelaki berusia 43 tahun terus menghubungi pihaknya sejurus sahaja penemuan itu dibuat.

"Serangga berbisa itu dilihat berterbangan dalam kuantiti yang agak banyak menghurungi kenderaannya, menyebabkan pengadu dan ahli keluarganya bimbang," ujarnya.

Seramai lima anggota APM diketuai Mohd Nashree Mohd Razali telah dikerahkan ke lokasi bagi operasi memusnahkan sarang serangga berbisa itu yang sebesar tayar sebuah Perodua Kancil.

Operasi bermula pada jam 9 malam dan tamat 20 minit kemudian.


LihatTutupKomentar