Blok F Uma Bakah Sungai Asap musnah terbakar, 15 keluarga tinggal sehelai sepinggang

Rumah di belaga terbakar, rumah panjang belaga terbakar.

 


BELAGA: 15 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas satu blok rumah panjang di Uma Bakah di Skim Penempatan Semula Sungai Asap musnah dalam kebakaran yang berlaku jam 2 petang semalam. 

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota bomba dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Uma Daro bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 2.17 petang.

"Sejurus tiba di lokasi pada jam 2.23 petang pasukan PBS memulakan operasi memadam kebakaran dengan bantuan penduduk rumah panjang dengan menggunakan dua aliran 400 kaki dua nozel yang mana sumber air diperoleh dari pili bomba," jelasnya.

Pasukan PBS katanya mengambil masa  selama satu jam bagi memadam kebakaran yang berlaku yang mana api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4 petang.

Pasukan bomba dari BBP Belaga dan Bintulu yang menyusul tiba kemudiannya meneruskan kerja-kerja overhoul bagi menggelakkan berlakunya kebakaran berulang dan merebak ke blok rumah panjang yang lain.

Setakat ini katanya, kebakaran yang berlaku telah memusnahkan 100 peratus rumah panjang dua tingkat jenis tidak kekal itu.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian yang dialami penduduk terjejas bagaimanapun masih lagi dalam siasatan.

"Mujurlah kebakaran yang berlaku tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana semua mangsa berjaya lari menyelamatkan diri,"  tambah beliau.

LihatTutupKomentar