Burung hantu montel mendarat kecemasan akibat cuaca buruk di Permyjaya
MIRI -- Kemunculan seekor burung hantu yang agak montel di belakang sebuah kediaman di Desa Indah Permyjaya petang tadi (Khamis), mengejutkan satu keluarga di sini.
Gelagat burung hantu tersebut yang dilihat berjalan di kawasan belakang kediaman membuatkan seorang wanita berusia 52 tahun dan lima lagi ahli keluarganya terkejut.
"Pihak kami menerima panggilan berhubung penemuan itu pada jam 2.40 petang tadi," ujar Pegawai Pertahanan Awam Miri (APM) Mirwan Shah Masri.
Difahamkan, sebelum kejadian, pengadu dan ahli keluarganya sedang duduk santai di dalam rumah.
Seramai lima anggota APM Miri telah dikerahkan ke lokasi untuk membantu menangkap burung hantu tersebut.
"Anggota kita berhasil menangkap burung tersebut tidak sampai lima minit," Mirwan berkata.
Gambar ihsan APM Miri
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.