Pukul anak OKU kekasih hingga maut, campak dalam semak

 


BAU-- Mayat Kanak-kanak perempuan Orang Kurang Upaya(OKU) ditemukan di kawasan semak di Kampung Kranji di sini petang semalam, dipercayai dipukul sehingga maut teman lelaki ibunya.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Poge Nyaon berkata, kejadian dipercayai berlaku lima hari sebelum ibu mangsa membuat laporan anaknya hilang pada 21 Disember lalu.

"Susulan itu pihak Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Sarawak telah membuat tangkapan terhadap suspek lelaki berusia 35 tahun di NB Motor, Jalan Laksamana Cheng Ho dan Jalan Stampin Timur, jam 3 petang semalam.



"Soal siasat yang dijalankan, suspek memberitahu telah memukul anak bongsu teman wanitanya sehingga tidak bernyawa dan membuang mayat di kawasan semak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak polis dipandu suspek menunjukkan tempat mangsa dibuang pada jam 6.45 petang semalam.

"Ibu mangsa juga dibawa ke lokasi dan mengesahkan itu anaknya berdasarkan pakaian dan anak patung yang dipegang mangsa.

"Ibu mangsa berusia 34 tahun juga telah ditangkap untuk siasatan lebih lanjut," kes ini," katanya.

Poge berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak(HUS) untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis akan menjalankan kes ini secara rapi dan profesional dan akan melengkapkan siasatan untuk dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri," tegasnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.