Polis sahkan bot penyelamat dijumpai di Pantai Trombol milik kapal dagang

 


KUCHING: Polis mengesahkan objek yang dijumpai terdampar di Pantai Trombol, Telaga Air dekat sini adalah bot penyelamat sebuah kapal yang terjatuh dari kapal dagang.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, bot penyelamat itu dipercayai milik kapal dagang dikenali sebagai Bohaimingzhu 2 berdasarkan nama yang tertera pada bot berkenaan.

"Bot penyelamat tersebut ditemui orang awam pada jam 12.15 tengah hari semalam dan telah berjaya ditarik dari pesisir Pantai Trombol dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk dipindahkan ke sebuah jeti persendirian," katanya menerusi kenyataan media hari semalam.


Tambah Abang Zainal, bot penyelamat itu bagaimanapun tersangkut di muara dan usaha manarik akan dilakukan semula pada hari ini.

Jelasnya lagi siasatan lanjut berhubung bot penyelamat tersebut masih dijalankan.

Sehubungan itu, beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian juga boleh menyalurkan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.