SAR masuk hari ke -6, lelaki warga emas masih hilang di Pasir Putih Kuala Suai


MIRI--Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengesan seorang lelaki warga emas di Pasir Putih, Kuala Suai yang masih hilang diteruskan hari ini (Jumaat) ,pada radius 8km di sekitar belakang rumah dan seberang jalan dalam kawasan persekitaran ladang sawit.


Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri Lt (PA) Mirwan Shah Masri berkata ,operasi yang masuk hari ke-6 ini, telah bermula pada jam 9 pagi tadi turut disertai polis, anggota Bomba dan penyelamat dari Balai Batu Niah, unit anjing pengesan (K9) dari Bintulu dan orang kampung.


"Pasukan operasi SAR hari ini membuat pecahan dua lokasi berasingan," ujarnya.


Setakat jam 12 tengahari tadi, mangsa masih belum ditemukan.


Adna Sulong, 61, dikhuatiri hilang di kawasan sekitar luar Rumah Nur Ain Juetanisha, Pasir Putih Kuala Suai, pada 1 Januari sekitar jam 9.54 malam dan mula disedari pukul 11 malam pada hari yang sama.


Gambar ihsan APM Miri

LihatTutupKomentar