Remaja dipercayai terjatuh semasa memancing ditemukan lemas.

Lemas, lemas memancing,

 

Gambar Kredit JBPM
KUANTAN -- Seorang remaja lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai semasa memancing di Jambatan Kemasul 1, Felda Kemasul di Bentong dekat sini ditemukan lemas hari ini. 

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria dalam satu kenyataan memaklumkan mangsa, Muhammad Firdaus Yuseri, 16, ditemukan pada 3.55 petang pada kedalaman kira-kira tiga meter.

Mayatnya ditemukan kira-kira 10 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).  

Muhammad Firdaus dikatakan keluar memancing petang semalam sebelum ahli keluarga yang mencarinya menjumpai motosikal dan peralatan memancing milik mangsa di jambatan itu. 

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.