Polis siasat dakwaan barangan mangsa insiden Batang Kali diguna individu lain.

Barangan mangsa digunakan, salah guna barangan mangsa, batangkali

     

          


               KUALA LUMPUR -- Polis menyiasat dakwaan satu hantaran di laman Facebook bahawa terdapat individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan barangan milik mangsa tragedi insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan popular di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali.

 

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Suffian Abdullah berkata hantaran itu dipercayai dimuat naik oleh seorang daripada ahli keluarga mangsa tragedi yang berlaku pada 16 Dis lepas.

 

Beliau berkata hantaran itu mendakwa terdapat individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan kad Touch 'n Go milik mangsa. 

 

“Hari ini, polis telah menerima dua laporan berhubung insiden itu pada 2.47 petang. 

 

"Satu kertas telah dibuka bagi menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri," menurutnya dalam satu kenyataan.

 

Justeru, Suffian menasihati masyarakat supaya bertenang dan tidak gusar dengan isu yang tular itu.

 

Beliau berkata ahli keluarga mangsa juga dinasihat supaya menghubungi polis sekiranya mempunyai isu berkaitan kehilangan barangan milik mangsa.

 

Orang ramai diminta agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tidak tepat atau menularkan berita palsu sebaliknya merujuk kepada polis atau pihak berkuasa bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

 

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-6064 1223," katanya lapor Bernama.

 

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.46 pagi itu telah mengorbankan 31 nyawa dengan 12 daripadanya adalah kanak-kanak dan seorang bayi lelaki berusia setahun.

 

Seramai 61 mangsa dilaporkan terselamat dalam insiden itu.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.