Polis Miri gempur sindiket edar dadah, 11 lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati




MIRI-- 11 lelaki warga tempatan ditahan polis pada malam Selasa ketika sedang berlibur di sebuah premis hiburan tiga tingkat di Bandaraya Miri, susulan penemuan sejumlah dadah bernilai RMRM20,034.70.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu, kesemua suspek yang kini sedang ditahan reman selama 7 hari itu bermula hari ini disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

"Hasil serbuan tersebut telah menjumpai dan merampas 18 biji pil disyaki dadah Erimin 5 seberat 5.10 gram, 1 paket plastik lutsinar berisi 15 batang rokok berisi dedaun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 16.70 gram, 1 bekas plastik bulat berpenutup bulat berisi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin seberat 44.80 gram dan 1 bekas plastik bulat berpenutup merah didalamnya berisi serbuk campuran disyaki dadah jenis ekstasi seberat 362.00 gram,"ujar Alexson dalam satu keterangan medianya hari ini.
Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali.

Pihak Polis juga ingin menasihati orang awam yang mempunyai makiumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah ini untuk segera melaporkannya ke Balai Polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama.
LihatTutupKomentar