Polis Lawas rampas dadah, senapang dan peluru



LAWAS - Serbuan yang dijalankan polis Lawas bukan saja menemui sejumlah dadah, tetapi juga senapang dan beberapa butir peluru dengan tertangkapnya seorang lelaki tempatan di sebuah rumah di Kampung Tang Sango A Lawas, pada pagi Selasa.

Suspek berusia 42 tahun itu di tahan dalam serbuan yang dilakukan sepasukan polis Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas.
Ketua Polis Daerah Lawas DSP Sila Kadong berkata hasil pemeriksaan yang dibuat, di dalam rumah tersebut pihak polis telah menjumpai beberapa peket plastik lutsinar yang berisi bahan kristal jernih disyaki dadah jenis Methamphatamine seberat 5.40 gram.



“Nilai semasa rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM540 dan kita turut dijumpai menjumpai dalam rumah tersebut selaras senapang dan 12 butir peluru,” katanya dalam kenyataan media kepada Borneo Network hari ini.
Hasil ujian saringan air kencing yang dibuat keatas suspek mendapatinya positif dadah jenis Methamphetamine/Amphetamine.
Kata Sila hasil semakan kes lampau juga mendapati suspek mempunyai kes lampau berkaitan dadah
Suspek ditahan dibawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjatapi 1960.
“Suspek direman selama dua hari bermula Selasa bagi membantu siasatan,”katanya beliau lagi
Next Post Previous Post