Penjual burger tergamam, 'tetamu tidak diundang' datang gerai

 


MIRI--Kehadiran seekor ular kapak di dalam sebuah gerai burger di Tanjong Lobang, mengejutkan pemiliknya tengahari tadi.


Ketika kejadian, lelaki berusia 27 tahun itu sedang sibuk mengemas barang jualannya.



Bimbang , Lelaki itu kemudiannya telah memaklumkan kejadian kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri untuk menangkap tetamu tidak diundang itu.



Menurut pegawai APM Miri Lt (PA) Mirwan Shah Masri, pihaknya menerima panggilan daripada pengadu pada jam 12.28 tengahari tadi.


Seramai empat anggota APM Miri telah dikerahkan ke lokasi untuk menangkap reptilia tersebut.


"Anggota menggunakan teknik menyepit ular sepanjang setengah meter dan sebesar batang penyapu," jelasnya.



LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.