Makmal mini proses dadah digempur polis Miri

 

Resep Sawi Gulung Sehat, Tanpa Tepung


MIRI-- Berbagai jenis dadah dirampas polis Miri bernilai RM297,347.50 susulan penahanan dua lelaki warga tempatan pada Isnin (9 Januari) di sebuah pusat istirehat di Bintang Commercial Centre.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, kedua-dua suspek berusia 26 dan 34 tahun itu disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.



Dalam serbuan dilakukam pada jam 11.30 malam itu ,pihak polis turut merampas peralatan yang diguna dalam memproses dadah.

"Salah seorang suspek ditahan di dalam premis, manakala seorang lagi di luar premis tersebut," ujarnya pada satu sidang media  pada Rabu.



Tambahnya, hasil pemeriksaan lanjut pada premis tersebut 

di tingkat 1 dan di dalam tingkat bawah premis itu, pihak Polis menjumpai dadah jenis Ecstacy (anggaran berat kasar 2,632 gram), Ketamin (a/b: 2,828.50 gram), Erimin 5 (a/b: 146 gram) dan serbuk Ecstacy (a/b: 1,795 gram). 

Selain itu, turut disita sebuah kenderaan Toyota Rougue, barang kemas dan sejumlah wang. 

Jumlah sitaan ialah RM162,620.00. 

Nilai keseluruhan rampasan termasuk adalah RM 459,967.50.

Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 17 Januari bagi membantu siasatan. 

Ujian saringan air kencing kedu-dua suspek adalah positif dadah.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Jika disabitkan kesalahan boieh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dinukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali. 

Pihak Polis juga ingin menasihati orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah ini untuk segera melaporkannya ke Balai Polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama. 



#..tamat...gambar

Next Post Previous Post