Paip gas PETROS di Medan Saberkas Miri siap
MIRI--Pemasangan Fasa 1 projek pembekalan paip gas memasak ke Medan Saberkas Miri yang telah siap baru-baru ini, bakal memberi manfaat kepada 67 pengusaha gerai makanan di situ.
Perkara ini didedahkan Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang pada Selasa ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penuh Bandaraya Miri.
Terdahulu, Yii berterima kasih kepada pihak Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) yang telah berbesar hati melaksanakan projek tersebut.
Difahamkan, keseluruhan kos bagi projek pemasangan Fasa I itu ditanggung sepenuhnya oleh PETROS.
Projek tersebut merupakan usahasana pihak Majlis Bandaraya Miri bersama PETROS.
“Ia merupakan projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pertama dilakukan pihak PETROS sejak penubuhan cawangannya di Miri," ujar Yii.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadualkan merasmikan projek Fasa I itu pada 4 Februari depan (Sabtu) jam 10 pagi di Medan Saberkas Miri.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.