Cuai, lebihi had laju, melulu punca utama kemalangan maut di Sarawak

KUCHING-- Sikap suka memandu laju melulu sehingga hilang kawalan dikenal pasti punca utama kemalangan di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, berdasarkan Op Selamat 19, pemanduan melulu ini menyebabkan risiko kemalangan meningkat.

"Sikap ini menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan dengan baik semasa memandu.

"Perlakuan seperti memandu melebihi had laju, sehingga terbabas, bertembung depan 
dengan depan dan langgar belakang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, kecuaian dan kelalaian pemandu sendiri termasuk memotong dalam keadaan yang tidak selamat dan selekoh tajam.

Katanya, Ops Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina yang berakhir pada 27 Jan mencatat 539 kes kemalangan jalanraya. 

"Jumlah ini telah menunjukkan peningkatan iaitu dari sejumlah 423 kes pada Op Selamat 17 tahun lepas.

Statistik menunjukkan pemandu dan penumpang adalah golongan yang paling ramai terkorban dengan jumlah seramai (3) orang atau (42.8%) dari jumlah 
keseluruhan iaitu seramai (7) orang yang terkorban. 

Katanya, ini diikuti oleh pejalan kaki iaitu seramai (2) orang atau (28.6%), pengguna motosikal iaitu (1) orang atau (14.3%) dan pengguna lori juga seorang (1).

Sementara itu sebanyak 6,602 saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalulintas di sepanjang tempoh enam hari Op Selamat 19 dijalankan.
Next Post Previous Post