Lokasi kereta jatuh dalam Sungai Maaw berjaya dikesan


SIBU-- Lokasi sebuah kereta bersama dua mangsa yang dilaporkan terjatuh dalam sungai di jeti feri Tanjung Kunyit, Sungai Maaw di sini telah dikenal pasti.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, lokasi kereta itu dikenal pasti sekitar jam 3.49 petang tadi menerusi selaman kelima yang dilakukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang dianggotai 11 Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah.

"Pada selaman kelima telah berjaya mengesan lokasi dikenal kereta terbabit.

"Setakat jam 4.35 petang tadi, Komander Operasi melaporkan masih menunggu bantuan kapal dan kren untuk menaikkan kenderaan tersebut," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.



Pada Sabtu lalu, bomba menerima panggilan berhubung insiden kereta jatuh dalam sungai di jeti feri Tanjung Kunyit Sungai Maaw sekitar jam 7.11 pagi.

Dalam kejadian itu, seorang mangsa selamat iaitu doktor gigi dikenali sebagai Brayant Magnus Ting Shang, 38 tahun.

Manakala dua lagi mangsa dilaporkan hilang iaitu seorang lelaki dikenali sebagai Philip Yiin Chung Leong, 61 dan seorang wanita yang belum dikenal pasti identitinya.

Setakat ini operasi SAR masih dijalankan bagi mengesan kedua-dua mangsa.


Next Post Previous Post