248,093 pesakit luar menerima rawatan di Pusat Jantung Sarawak sepanjang tempoh 20 tahun lalu

Pusat Jantung Sarawak, pesakit luar menerima rawatan Jantung di Sarawak, Pusat Jantung Sarawak 20 tahun.


KUCHING-- Pusat Jantung Sarawak yang kini sudah 20 tahun beroperasi di Kota Samarahan telah menyediakan perkhidmatan perubatan kepada 248,093 pesakit luar, kata Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian.

Tambahnya, manakala bagi perkhidmatan perubatan bagi pesakit jantung pula yang disediakan sejak 2016 telah merawat 5,172 pesakit.

Selain itu, bagi jumlah pesakit yang mendapatkan perkhidmatan Echo pula adalah seramai 171,088 orang,  MRI pula seramai 5,907 orang dan Cardiac CT, 8,371 orang sejak 2005, pertama di hospital awam di Asia.

"Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada warga Pusat Jantung Sarawak yang telah menyumbang kepada kecemerlangan pusat jantung ini sepanjang tempoh 20 tahun ini," katanya menerusi kenyataan di Facebooknya sempena Ulang Tahun ke-20 Pusat Jantung Sarawak.

Mengulas lanjut, Dr Sim berkata, sebanyak RM200 juta kos dibelanjakan bagi menjalankan prosedur intervensi  untuk 20,158 pesakit.

Bagi mereka yang menjalani diagnostik pula, jelasnya, sejak penubuhan pusat jantung itu seramai 33,842 pesakit telah mendapatkan perkhidmatan itu di situ.

"Sementan jabatan pembedahan jantung telah menjalankan CABGs kepada 2,670 pesakit, bukan pembedahan jantung CABG pula adalah 2,170 pesakit dan pembedahan Toraks 2,737 pesakit," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap dengan kehadiran Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni akan membawa lebih banyak kejayaan untuk Pusat Jantung Sarawak.


LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.