Hamzah Brahim antara 10 dilantik Setiausaha Politik


KUCHING-- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim antara 10 yang dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan di Putrajaya hari ini. 

Hamzah dilantik sebagai Setiausaha Politik di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC). 

Upacara Majlis Angkat Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ini didahului oleh Muhammad Kamil Abdul Munim, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan.

Turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik, Yuhaizad Abdullah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Ton Zalani Mat Darus (Kementerian Pertahanan, MINDEF) dan Datuk Haji Rizam Ismail (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, MITI).

Selain itu, Dato' Suraya Yaacob (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Akmal Zharif Ahmad Kamal (Luar Negeri), Dr. Stephen William (Perpaduan), Arul Kumar Jambunathan (Kementerian Pengangkutan, MOT), dan Yap Yee Vonne (Kementerian Belia dan sukan, KBS). 

"Semoga mereka dapat laksanakan amanah yang diberikan ini dengan ikhlas dan penuh berintegriti," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook rasminya.
Next Post Previous Post