Gedong juga akan ada ART-Abang Johari



Gambar kredit Sarawakku


GEDONG-- Gedong juga akan dihubungkan dengan sistem Transit Aliran Autonomi (ART), kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau memberitahu, kerajaan Sarawak akan membina jalan baharu bagi menghubungkan Serian dengan Gedong sepanjang 19 Kilometer iaitu jalan raya berkembar.
Tambahnya, Gedong ke Samarahan iaitu 74 kilometer yang akan menghubungkan Gedong-Samarahan-Serian dan jalannya mempunyai empat laluan serta laluan untuk ART.
“Ia bermakna jalan ART ke Serian akan menghubungi Gedong hingga ke Samarahan dan terus ke Rembus di mana kita ada depo ART (di sana),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Program Lawatan Kerja Premier Sarawak ke Daerah Gedong di Tapak Projek Jalan Lubok Teranggas ke Kampung Gedong dan Tapak Projek Mini Isthmus Gedong pada Sabtu.
Tegas Abang Johari ini adalah komitmen kerajaan Sarawak untuk membangunkan Gedong, Samarahan serta Simunjan.
Gambar kredit Sarawakku

Mengulas lanjut, katanya, jalan itu dijangka akan dibangunkan dalam tempoh 48 bulan iaitu empat tahun akan datang.
Tambahnya, keseluruhan kawasan terlibat merupakan kawasan pertanian yang turut akan dibekalkan dengan sistem parit dan tali air Jabatan Pengairan dan Saliran (DID).
Menurutnya lagi, ia akan dibangunkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan untuk itu kerajaan Sarawak akan memberi peruntukan untuk RISDA membangunkannya.
"Hulu Simunjan pula akan dihubungkan dengan Gedong melalui jalan Gedong, Semalatong yang akan mula dilaksanakan dalam tahun ini iaitu dan mengambil masa selama 36 bulan untuk disiapkan.
Gambar kredit Sarawakku
“Sudah tentu pembangunan infrastruktur ini akan memberikan kemudahan bagi kita membangunkan kawasan kebun-kebun sebagai kawasan pertanian yang moden menggunakan pertanian pintar,” katanya lagi.
Turut hadir, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Ir Aidel Lariwoo, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee, Wakil Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong Datuk Mohd Naroden Majais serta dif-dif kehormat yang lain.
Next Post Previous Post