Dua rentung treler terbakar di Lebuhraya Plus Seremban-Port Dickson

SEREMBAN -- Pemandu dan penumpang sebuah treler rentung akibat tersepit selepas kenderaan dinaiki terlanggar penghadang jalan sebelum terbakar di Kilometer (km) 259.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, berhampiran susur masuk Plaza Tol Seremban-Port Dickson, dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, identiti kedua-dua mangsa yang menaiki treler jenis Volvo membawa muatan biji plastik itu masih belum dapat dikenal pasti.
“Siasatan awal mendapati treler yang dalam perjalanan dari Klang menuju ke Senawang itu dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas ke lorong kanan, sebelum melanggar penghadang jalan serta terbakar sepenuhnya. Kesesakan kira-kira 6km berlaku akibat insiden berkenaan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk bedah siasat, katanya lapor Bernama.
Nanda berkata siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.