Dua pengedar dadah warganegara asing diberkas polis

Gambar PDRM Bintulu

BINTULU: Dua lelaki warganegara asing ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu kerana memiliki 22.32 gram dadah jenis syabu di kawasan perindustrian Kidurong pada malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit berkata, dalam Ops Tapis Khas Se-Malaysia Siri 1 ini, kedua-dua suspek yang berusia 20 dan 23 tahun ditahan pada jam 8.23 malam.
Pemeriksaan yang dijalankan katanya mendapati kedua-dua suspek memiliki dadah jenis syabu seberat 14.8 gram dan 8.14 gram," ujar beliau.
Hasil siasatan awal yang dijalankan ujarnya mendapati dadah terbabit dipercayai untuk diedar sekitar kawasan perindustrian bagi digunakan sekitar 300 orang penagih dadah.
Beliau berkata, jika didapati salah memiliki dadah, kedua-dua suspek bawah akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952 yang mana boleh dipenjarakan selama lima tahun beserta sebatan tidak kurang daripada tiga kali.
Kedua-dua suspek juga akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan diri yang sah yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih dari RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali beserta sebatan tidak lebih dari enam kali sebatan jika disabit kesalahan.
"Tangkapan ini merupakan salah satu usaha Polis Diraja Malaysia bagi mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di bahagian ini," tambahnya lagi.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.