Bahagian utara Bandaraya Miri dinaiki air

MIRI--Sebanyak enam kawasan di bahagian utara bandaraya Miri dinaiki air sehingga satu kaki tinggi susulan hujan lebat dan air pasang besar yang berlaku awal pagi tadi.

Antara kawasan terjejas adalah Jalan Persisiran Pantai Lutong , Jalan Pasar Lutong , Jalan MCot, Lutong , Kampung Sealine Lutong, Kampung Senadin Jaya, Lutong dan perumahan Setinggan Pujut 4.
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Miri (APM) Lt (PA) Mirwan Shah Masri, beberapa anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA) Daerah Miri diketuai oleh L/Kpl. (PA) Nur Suhada Sawal telah dikerah ke lokasi terbabit bagi membuat pemantauan.
"Penduduk dinasihati untuk sentiasa peka terhadap keadaan air dan berpindah jika tidak selamat,"ujarnya.
Setakat ini, keadaan masih terkawal dan selamat
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.