Serigala jadian, ilmu hitam atau musang?
Serian Timungen dalam hantaran Facebooknya dipetik berkata, dia baru-baru ini menerima pesanan daripada penduduk di kampung berkenaan berhubung kejadian pelik itu.
"Admin kena inbox perihal kejadian yang menjadi tanda tanya penyebab sebahagian penduduk di Kampung Taee.
![]() |
Kredit gambar to Serian Timungen |
"Kematian beberapa ekor ayam dan itik penduduk yang hanya dimakan perut dan dihisap darahnya sahaja," katanya.
Kejadian ini katanya sebagai "Misteri Darud Sadung".
Berdasarkan maklumat daripada rakannya yang berasal dari Kampung Taee, Serian memaklumkan jirannya iaitu seorang nenek terbangun dari tidur sekitar jam 2 atau 3 pagi apabila terdengar bunyi bising dari reban ayam dan itik di belakang rumah.
"Beliau (nenek) ternampak sejenis makhluk/ binatang menyerupai seekor anjing berwarna putih coklat," jelasnya.
Terdapat juga seorang pengguna Facebook dengan nama Grace Irine dalam ruangan komen berkata "ada orang menuntut ilmu hitam... Pernah berlaku dulu di kawasan Kota Samarahan... Serupa serigala jadian".
Selain itu, Danan Amang Suwee merasakan ia perbuatan anjing kerana dia pernah melihat anjingnya membunuh ayam dan kucing peliharaannya, juga memakan organ dalaman sahaja.
Bagaimanapun, jika mengikut ciri-ciri binatang yang dilihat nenek berkenaan, seorang pengguna Facebook, Iface Untouched Blurr mengatakan kematian ayam dan itik itu disebabkan ceperlai atau 'jebon'.
Malah, diruang komen juga mengatakan ia perbuatan ceperlai atau musang yang dikatakan pemangsa yang sering menganggu dan memakan haiwan ternakan seperti ayam dan itik.
Memetik komen Rebeca Nohiem, kejadian di Kampung Taee serupa dengan kejadian yang berlaku di kebun milik emaknya.
"Macam kes di kebun mak saya. Musang punya kerja. Dia makan hati dan badal binatang saja. Lepas pasang jerat umpan guna ayam baru tahu musang," katanya.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.