Air Asia luncur semula penerbangan antara Hong Kong - Kota Kinabalu.

Ketibaan kapal terbang dari Hong Kong menerima "water salute".


KOTA KINABALU: AirAsia kini menghubungkan Kota Kinabalu dengan lima bandar antarabangsa utama - Singapura, Manila, Bangkok, Taipei dan Hong Kong.

Sabah memulakan kalendar pelancongan Antarabangsa tahun 2023 dengan menerima pelawat melalui penerbangan Kota Kinabalu - Hong Kong. 

Penerbangan Air Asia yang tiba pada 2 Januari dengan membawa 138 penumpang, disambut dengan penuh meriah di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Laluan HKG-BKI akan beroperasi dua kali seminggu - setiap Rabu dan Ahad - dengan jumlah kapasiti sebanyak 372 tempat duduk seminggu.

CEO Sabah Tourism Board, Noredah Othman berkata: "Saya gembira kerana akhirnya AirAsia telah mengaktifkan semula laluan Kota Kinabalu-Hong Kong, menambah lagi satu hubungan antarabangsa ke Sabah.


"Hong Kong adalah salah satu pasaran sasaran kami yang teratas, dan ini adalah permulaan yang baik pada tahun 2023 untuk industri pelancongan kami. Sabah dianugerahkan pulau-pulau dan pantai yang indah, menjadikan kami destinasi pilihan bagi pelancong Hong Kong," tambahnya.

Dengan penerbangan Kota Kinabalu-Hong Kong yang bermula semula, Sabah kini menerima 64 penerbangan antarabangsa langsung seminggu.

Penerbangan langsung lain datang dari Korea Selatan (29), Singapura (14), Filipina (6), Brunei (5), Taiwan (4), Jepun (2) dan Thailand (2).

Sabah dijangka tidak mengalami masalah untuk meningkatkan akses ke Negeri di Bawah Bayu dengan menambah bilangan penerbangan antarabangsa dari kota raya utama seluruh dunia.

LihatTutupKomentar