Wanita maut, dua cedera kemalangan di Limbang

kemalangan dua kenderaan di Jalan Bakul, kemalangan di Limbang, Kemalangan membabitkan kenderaan Perodua Kembara dan sebuah kenderaan Perodua Alza

LIMBANG-- Seorang maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Bakul di sini, petang tadi.


Dalam kejadian itu, mangsa yang maut seorang wanita Deena Lorenza Christopher,22, manakala dua lelaki yang terdiri daripada seorang remaja berusia 16 tahun dan berusia 42 tahun cedera.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 3 .30 petang   dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang ke lokasi kejadian.


"Kemalangan membabitkan kenderaan  Perodua Kembara dan sebuah kenderaan Perodua Alza.


"Terdapat tiga mangsa di dalam kenderaan Perodua Kembara tersebut, seorang pemandu telah tersepit manakala dua mangsa tidak tersepit dan telah di bantu keluar oleh pasukan Bomba," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya,seorang mangsa yang berada dalam Perodua Alza turut tersepit di bahagian pemandu dan mengalami kecederan.


"Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan kedua dua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat.


"Seorang mangsa yang berada dalam kenderaan Perodua Kermbara telah berjaya dikeluarkan dan telah disahkan meninggal ditempat kejadian oleh pihak KKM yang berada dilokasi," ujarnya.



Katanya, seorang mangsa yang tersepit dalam kenderaan Perodua Alza juga telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan mangsa telah diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan dan tindakan lanjut.


"Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital Limbang oleh unit EMRS Bomba dan ambulans KKM serta ambulans APM  untuk tindakan selanjutnya.


"Pasukan Bomba juga membuat kerja kerja pembersihan sisa-sisa kemalangan dan tumpahan minyak akibat kemalangan di lokasi," jelasnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.