Wanita dan 2 kanak-kanak cedera, Proton Exora terhumban dalam parit bertembung pikap

Kemalangan Proton Ezora dan pikap yang bertembung di Jalan Kampung Maranek, Proton Exora terhumban dalam parit bertembung pikap

KOTA SAMARAHAN--Seorang wanita termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan Proton Ezora dan pikap yang bertembung di Jalan Kampung Maranek di sini, tengah hari tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 1.49 tengah hari dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi kejadian.



"Terdapat enam orang mangsa terlibat di mana tiga orang mangsa dalam kereta jenis Proton Exora dan tiga orang mangsa lagi dalam Hilux. 


"Kesemua mangsa tidak tersepit, anggota Bomba menggunakan peralatan khas bagi  operasi mengeluarkan kesemua mangsa yang masih berada dalam kenderaan jenis Proton Exora," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, mangsa tidak dapat bergerak akibat kecederaan dan kedudukan kereta yang berada dalam parit. 


"Mangsa dalam Proton Exora iaitu pemandu kenderaan seorang wanita dewasa cedera patah tangan kanan, seorang kanak-kanak perempuan cedera patah kaki kanan dan seorang kanak-kanak lelaki cedera tangan kiri. 



"Bagi mangsa yang berada dalam kenderaan Hilux seramai tiga orang mangsa tiada mengalami sebarang kecederaan dan selamat," ujarnya.



Katanya,operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.10 petang setelah selesai menyerahkan kesemua mangsa pada pihak ambulans hospital bagi tindakan perubatan seterusnya. 


"Jentera EMRS Kota Samarahan telah membawa salah seorang mangsa ke Hospital Umum Sarawak(HUS)," katanya.

LihatTutupKomentar