PM Anwar umum barisan Kabinet 8.15 malam ini

Anwar Ibrahim akan mengumumkan barisan Kabinet, PM Anwar umum barisan Kabinet 8.15 malam ini

KUALA LUMPUR— Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan barisan Kabinet pada pukul 8.15 malam ini. 


“Insya-Allah jam 8.15 malam ini saya akan mengumumkan saf kepimpinan baharu Kabinet Kerajaan Perpaduan. Nantikan,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam satu kemas kini di laman Facebook beliau.


Anwar yang juga Presiden PKR mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov.


Pada satu majlis di Ipoh hari ini beliau berkata senarai penuh barisan Kabinet telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda  agar lantikan segera dapat dilaksanakan.

LihatTutupKomentar