Sebuah kediaman di Kampung Bakul diancam tanah susur

Tanah susur di lereng bukit bersebelahan rumah, Sebuah kediaman di Kampung Bakul diancam tanah susur

LIMBANG--Sebuah kediaman di Kampung Bakul di sini, diancam tanah susur hari ini.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.20 petang dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang ke lokasi kejadian.



"Setibanya di lokasi kejadian didapati  berlaku tanah susur di lereng bukit  bersebelahan rumah pemanggil dan menyebabkan sebagian tanah memasuki ruangan  bahagian tepi rumah.


"Anggota Bomba telah melakukan pemeriksaan dan pemantauan dilokasi yang dilaporkan serta menilai tahap keselamatan bagi kediaman mangsa  dari kejadian tanah susur  tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya,kejadian juga tidak melibatkan sebarang mangsa.


"Anggota  Bomba telah memberi nasihat kepada pemilik rumah agar sentiasa memantau keadaan tanah susur dan  melapor kembali sekiranya berlaku kejadian susulan.



"Operasi telah tamat sepenuhnya pada jam 3 petang, setelah mendapati keadaan selamat dan terkawal, anggota Bomba berangkat balik ke balai," ujarnya.

LihatTutupKomentar