Tanah runtuh: Operasi SAR ditamatkan secara rasmi 12 tengah hari - KPN

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh, tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, tanah runtuh di Batang Kali
Gambar Kredit Facebook Abe Mat

Batang Kali - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini, yang bermula 16 Dis lepas, ditamatkan secara rasmi pada 12 tengah hari ini.


Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata keputusan berkenaan dibuat setelah polis mengesahkan tiada lagi mangsa yang terlibat atau hilang dalam kejadian itu.


“Polis memuktamadkan mangsa tanah runtuh yang terlibat adalah seramai 92 orang iaitu masing-masing 61 selamat dan 31 meninggal dunia.


“Hanya urusan teknikal sahaja masih diteruskan di lokasi kejadian melibatkan agensi seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jabatan Mineral dan Geosains dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor,” katanya pasa hari ini lapor Bernama. 


Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media khas di Pos Kawasan Tempat Kejadian (PKTK), di sini, hari ini.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.