2 cedera kemalangan di Serian


SERIAN-- Dua cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kampung Tangga di sini, pagi tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.25 pagi  dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi kejadian.



"Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Produa Bezza dan sebuah Proton wira.


"Seorang mangsa yang berada dalam Proton Wira telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam, manakala seorang lagi iaitu pemandu kenderaan masih lagi tersepit," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya,pemandu kenderaan Perodua Bezza tidak mengalami kecederan dan selamat.


"Seorang lelaki berusia 50 tahun cedera kaki kanan manakala seorang lagi mangsa yang juga lelaki berusia 46 tahun Cedera ringan bahagian kepala.



"Pasukan Bomba telah bertindak menggunakan peralatan “rescue tool”bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dibahagian pemandu," katanya.


Katanya,mangsa telah berjaya dikeluarkan dan telah diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Next Post Previous Post