Seorang lelaki warga tempatan ditahan bersama dadah di sebuah rumah di Taman Bayshore Miri


MIRI--Polis Miri pada malam Isnin merampas dadah dengan anggaran nilai sebanyak RM9,300 susulan penahanan seorang lelaki warga tempatan di sebuah kediaman di Taman Bayshore.

Dadah seberat 93gram itu ditemui dalam satu bilik tidur tingkat atas rumah tersebut.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, serbuan pada jam 7.15 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Nakotik IPD Miri.

Ujarnya, suspek berusia 30 tahun itu kini sedang ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Pihak polis turut menyita sebuah kereta Proton Waja berwarna Perak dianggarkan bernilai Rm14,000.


Next Post Previous Post