Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Miri

Kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bakam Miri/Bintulu, Kemalangan di Jalan Bakam Miri/Bintulu, Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan

MIRI--Seorang lelaki maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bakam Miri/Bintulu hari ini.


Dalam kejadian jam 5.14 pagi itu, mangsa yang maut dikenali Anchis Bedit, 54.



Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah pikap dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun yang bergerak dari pusat bandar menghala ke Bekenu dengan sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang dipandu mangsa datang dari arah Bekenu ke pusat bandar.


"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kenderaan pikap cuba mengelak sebuah motosikal di hadapannya.


"Pikap terbabit terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan Proton Saga," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa pemandu kenderaan Proton Saga kemudian dihantar ke hospital Miri.


"Mangsa disahkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di hospital terbabit.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," tegasnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.