Pengarah mengaku salah pecah amanah wang syarikat RM168,740

Seorang pengarah syarikat agensi pelancongan pecah amanah wang syarikat, Pengarah mengaku salah pecah amanah wang syarikat RM168,740
Gambar hiasan

KUANTAN— Seorang pengarah syarikat agensi pelancongan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM168,740, tiga tahun lepas.


Mohd Nizam Noh, 49, yang juga Pengarah Syarikat Massnizam Group Travel & Tours Sdn Bhd didakwa melakukan kesalahan tersebut di Masjid Saidina Hamzah Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing, di sini, antara 29 Mac 2019 hingga 5 Nov 2019.


Tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan maksimum 20 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.


Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan 31 Jan depan untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman, lapor Bernama.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haryati Abdullah yang tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh memandangkan Mohd Nizam sedang menjalani hukuman di Penjara Kluang, Johor.


Pada 22 Sept lepas, Mohd Nizam turut membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM295,550 yang dilakukannya tiga tahun lepas.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.