Penduduk beratur panjang 3 hari berturut-turut perbaharui pasport

Penduduk perbaharui pasport di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Miri, Penduduk beratur panjang 3 hari berturut-turut perbaharui pasport

MIRI— Orang ramai terpaksa berbaris panjang selama tiga hari berturut-turut di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Miri untuk memperbaharui pasport.


Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man berkata, hampir semua yang beratur adalah penduduk dari luar Miri seperti Batu Niah dan Limbang.


“Mereka memaklumkan sudah tiga hari berturut-turut terpaksa beratur untuk memperbaharui pasport.


Malangnya, UTC Miri hanya terbuka kepada 150 hingga 200 orang sehari disebabkan faktor kapasiti peralatan dan mesin membuat pasport,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Chiew menambah, sehubungan beliau akan berjumpa dengan pegawai petugas di UTC dalam masa terdekat untuk mencari jalan penyelesaian jangka masa pendek dan jangka masa panjang.


Semalam beliau melawat Jabatan Imigresen di UTC MIri bagi memahami isu-isu di lapangan yang dibangkitkan oleh warga Miri.

LihatTutupKomentar