Kereta langgar pokok, lelaki cedera pinggang dan kaki


KUCHING--Seorang lelaki cedera di bahagian pinggang dan kaki selepas kereta dinaiki melanggar pokok berhadapan Mc Donald, Tabuan Jaya di sini, tengah malam tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 1.07 pagi  dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.



"Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Perodua Myvi melanggar sebatang pokok di tepi jalan. 


"Terdapat seorang mangsa berusia 32 tahun berada di bahagian tempat duduk penumpang  dalam keadaan sedar mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan kaki," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya,pasukan Bomba bertindak menggunakan spinal board mengeluarkan mangsa daripada kenderaan. 



"Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 1.25 pagi dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) rawatan dan tindakan seterusnya.


"Setelah memastikan keadaan selamat, pasukan Bomba bertolak balik ke Balai, operasi ditamatkan jam 1.41 pagi," ujarnya.

Next Post Previous Post