Keluarga Altantuya menang kes saman, dapat ganti rugi rm5 juta

Keluarga model Mongolia mendapat ganti rugi RM5 juta oleh Mahkamah Tinggi, Keluarga Altantuya menang kes saman
Kerajaan diarah bayar keluarga Altantuya RM5 juta

SHAH ALAM— Keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu mendapat ganti rugi RM5 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini berhubung kematian wanita itu pada 2006.


Ini selepas Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan saman yang difailkan oleh ibu bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev dan Altantsetseg Sanjaa serta dua cucu mereka Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga terhadap dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar serta Abdul Razak Baginda dan kerajaan Malaysia.


"Saya dapati plaintif telah berjaya membuktikan kes mereka terhadap defendan pertama (Azilah), kedua (Sirul) dan ketiga (Abdul Razak).


“Selaku defendan keempat (kerajaan Malaysia), saya dapati, berdasarkan fakta undang-undang, defendan keempat sebagai majikan, bertanggungjawab terhadap tindakan yang menyalahi undang-undang defendan pertama dan kedua - yang dijalankan atas kapasiti pegawai polis,” kata hakim ketika menyampaikan keputusan itu secara dalam talian, lapor Bernama.


Plaintif memfailkan saman itu pada 4 Jun 2007 mendakwa kematian model itu telah menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi dan memohon mereka dibayar pampasan serta ganti rugi teladan dan teruk.

LihatTutupKomentar