84 wanita antara 459 individu ditangkap kerana dadah di Kuching


KUCHING-- Seramai 459 individu termasuk 84 wanita dicekup kerana penyalahgunaan dadah di bandar raya ini bagi tempoh tiga bulan tahun ini.


Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, mereka yang ditangkap terdiri daripada 375 lelaki dan 84 wanita berusia antara 17 hingga 58 tahun.


"Tangkapan ini di bawah Seksyen Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching bagi bulan September hingga November 2022 di sekitar kawasan Kuching," katanya dalam kenyataan.


Mengulas lanjut, Ahsmon berkata, jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 424 kes. 


"Pecahan kes daripada jumlah tangkapan tersebut terdapat 5 kes seksyen 39B, dua kes Seksyen 39A(2), lapan kes Seksyen 39A(1), 54 kes Seksyen 12(2), satu kes Seksyen 6, 349 kes Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan 30 kes Seksyen Akta Racun 1952," jelasnya.


Tambahnya, selain itu polis telah merampas dadah jenis syabu sebanyak 827.29 gram, ketamin 1012.81 gram, ganja (8.16 gram), pil ecstasy (11 biji), pil erimin 5 (610 biji) dan pil nospan (814 biji). 


"Jumlah keseluruhan nilai rampasan adalah rm RM194,401.80," ujarnya.


Selain itu, katanya, sepanjang tempoh tersebut juga, sebanyak 10 kes di bawah seksyen 39C ADB 1952 telah berjaya dituduh. 


Sehubungan itu, beliau amat mengalu-alukan maklumat orang awam berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Next Post Previous Post