Harga tiket penerbangan ke Sarawak terlampau mahal, tidak masuk akal, Lee menyeru penyelarasan harga siling agar Rakyat tidak terbeban
MIRI--Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin menyeru kerajaan pusat agar mempertimbangkan untuk menyelaraskan kadar harga siling bagi tambang penerbangan ke Sarawak menjelang musim perayaan Krismas ini.
Seruan ini dibuat , selepas Lee, dimaklumkan mengenai kadar tambang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sarawak yang terlampau mahal oleh pengguna.
"Hari ini ,saya dimaklumlan , harga tiket sehala untuk kelas ekonomi dari Kuala Lumpur -Kuching dijual pada RM1,629," ujarnya.
Lee berkata, adalah tidak logik sama sekali untuk harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur-Kuching naik sehingga RM1,000 ke RM2,000 ketika ini.
Tambahnya, pihak berkuasa dari kerajaan harus memikirkan cara terbaik dan drastik untuk mengurangkan kadar harga tambang penerbangan yang terlampau mahal kerana ia membebankan pengguna yang ingin pulang ke Sarawak semasa cuti sekolah, krismas dan sambitan Tahun Baru Cina.
Lee turut menggesa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia dan syarikat penerbangan untuk berusaha ke arah meningkatkan jumlah penerbangan bagi menurunkan kadar tambang penerbangan ke sektor Malaysia Timur.
Katanya, MASwings, yang mengendalikan perkhidmatan udara luar bandar di Sarawak dan Sabah, telah melaraskan tambang penerbangannya untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk tempatan.