Gadis 18 tahun bookie Piala Dunia di Bau dicekup


BAU--Seorang gadis berusia 18 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan bookie bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 petang semalam.


Ketua Polis Daerah Bau,Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek ditangkap dalam OP Saga Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Bau di premis kedai serbaneka Singai Tondong, Jalan Bau/Batu Kawa jam 4 petang.



"Pihak polis merampas satu unit telefon bimbit berserta sim kad,satu helai resit bertulis angka-angka 'Fifa World Cup 2022 Qatar, mobile printer berwarna hitam dan sejumlah wang tunai," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, semakin rekod mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.


Kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 kerana menjadi ejen perjudian bola sepak.

Next Post Previous Post