Campak kotak rokok elak ditangkap

Gambar hiasan

MIRI— Seorang lelaki bertindak mencampakkan kotak rokok yang mengandungi dadah bagi mengelakkan diri ditangkap oleh polis dalam satu serbuah di Niah, semalam.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan semasa serbuan di sebuah kedai kosong di Niah sekitar jam 1.30 petang.


"Semasa pemeriksaan, anggota polis bertindak menghampiri suspek yang dalam keadaan mencurigakan.


Suspek dilihat membuang kotak rokok ke lantai dan pemeriksaan lanjut mendapati ia mengandungi bahan dipercayai dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Alexson menambah, sehubungan itu suspek yang merupakan warga tempatan ditahan dan disiasat di bawah Sekyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Turut dirampas bersama suspek adalah barang kes disyaki dadah dengan anggaran berat 5.93 gram bernilai RM600.

Next Post Previous Post