Dua maut, lima cedera dalam kemalangan membabitkan dua 4WD

Gambar BBP Batu Niah

MIRI; Dua maut manakala lima lagi mengalami kecederaan dalam kemalangan yang membabitkan pertembungan antara dua buah pacuan empat roda (4WD) berhampiran Rumah Robert Tugang di Jambatan Suai, Lebuhraya Pan-Borneo pada tengah hari tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Rary Binjie berkata, sepasukan anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12.49 tengah hari.


Gambar BBP Batu Niah


"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan 4WD," jelas beliau.


Maklumat awal yang diterima mengesahkan dua mangsa maut yang menaiki Toyota Hilux dikenali sebagai Pang Long Sheng, 29, dan seorang lagi rakannya juga seorang lelaki dan belum dapat disahkan identiti maut di lokasi kejadian.


Gambar BBP Batu Niah


"Dua lagi penumpang dalamnya dilaporkan hanya mengalami kecederaan," ujarnya.


Dalam pada itu, bagi penumpang Isuzu D-Max, seorang mangsa yang merupakan lelaki berusia 55 tahun patah kaki kanan manakala dua lagi mengalami kecederaan ringan.


Gambar BBP Batu Niah


Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan ke Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Next Post Previous Post