Dua beranak cedera kemalangan kendiri di Jalan Sempadi

Kemalangan di Jalan Sempadi, Kereta terbalik di Jalan Sempadi, Dua beranak cedera kemalangan kendiri di Jalan Sempadi

LINDU— Seorang wanita dan anaknya cedera selepas kereta yang dinaiki kemalangan kendiri lalu terbalik di Jalan Sempadi di sini, malam tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.35 malam dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi kejadian.



"Setibanya di lokasi kejadian didapati  sebuah kenderaan Proton Saga kemalangan kendiri.


"Seorang mangsa kanak-kanak telah dikeluarkan oleh orang awam dan terus dihantar menggunakan EMRS ke hospital," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, seorang lagi mangsa wanita tersepit di bahagian kaki dan mengalami kecederaan pada bahu sebelah kanan. 


"Pihak Bomba bertindak mengeluarkan mangsa tersebut dan menyerahkannya kepada pihak pegawai perubatan hospital yang turut sama hadir ditempat kejadian untuk dibawa ke hospital. 


"Setelah mendapati keadaan selamat dan terkawal, anggota Bomba bertolak balik ke balai, operasi tamat jam 9.40 malam," ujarnya.

LihatTutupKomentar