Dewan Rakyat lulus perbelanjaan perkhidmatan RM107.72 bilion

Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022, Dewan Rakyat lulus perbelanjaan perkhidmatan RM107.72 bilion

KUALA LUMPUR-- Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang membenarkan perbelanjaan sebanyak RM107,718,676,650 dikeluarkan untuk perkhidmatan kerajaan bagi sebahagian tahun 2023.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata pembentangan RUU ini bertujuan untuk mendapatkan kebenaran sementara Parlimen supaya kerajaan boleh berbelanja sebahagian anggaran perbelanjaan bagi tempoh beberapa bulan sehingga Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dibentang semula dan diluluskan kelak.


“Anggaran perbelanjaan di bawah rang undang-undang ini antaranya merangkumi bayaran gaji kepada penjawat awam, utiliti, biasiswa, bantuan kebajikan serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan. 


“Begitu juga dengan projek-projek pembangunan yang sedang berjalan perlu diteruskan dan kontrak dibayar mengikut jadual,” katanya ketika membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) di Dewan Rakyat hari ini, lapor Bernama.


Anwar berkata rang undang-undang ini adalah selaras dengan Perkara 102(a) Perlembagaan Persekutuan dan kali terakhir ia dibentang adalah pada 20 Dis 1999.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.