Warga emas nyaris maut, kereta dipandu dirempuh 4WD

Gambar BBP Betong

BETONG: Seorang lelaki warga emas berusia 77 tahun nyaris maut selepas mereka jenis Perodua Viva yang dipandunya dirempuh sebuah pacuan empat roda (4WD) semasa hendak keluar simpang di kawasan Pelasok Jalan Betong - Sri Aman Lebuhraya Pan- Borneo, pagi tadi.


Jurucakap Pasukan BBP Betong dalam kenyataannya hari ini berkata, dalam insiden yang berlaku sekitar jam 9.39 pagi itu, warga emas berkenaan dikatakan hendak keluar simpang sebelum dirempuh sebuah 4WD jenis Isuzu D-Max yang sedang bergerak laju di laluan lurus.


Gambar BBP Betong

Impak yang cukup kuat dari rempuhan itu turut menyebabkan Perodua Viva terbabit terpelosok ke bahu jalan.


Pemandu dan penumpang 4WD terbabit yang merupakan suami isteri yang datang dari arah Sri Aman bahagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.


Gambar BBP Betong


Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa yang mengalami kecederaan dari dalam kereta sebelum menyerahkannya kepada Unit Ambulans untuk dihantar ke Hospital Betong bagi diberikan rawatan lanjut.

Next Post Previous Post