Chiew cadang tambah penerbangan, tambang murah ke Borneo

Chiew Choon Man

MIRI— Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man akan mengemukakan cadangan untuk menambah bilangan penerbangan dan tambang rendah khas untuk warga Borneo kepada Kementerian Pengangkutan.


“Permintaan tiket penerbangan bagi rakyat Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung pasti akan bertambah kerana sambutan perayaan Hari Krismas dan perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.


Bagi memastikan mereka di perantauan dapat pulang ke Sarawak dengan harga tiket  yang berpatutan, saya akan memanjangkan aduan dan cadangan kepada kementerian dan pihak pengurusan syarikat penerbangan supaya langkah proaktif dapat dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Kata Chiew, polisi ini pernah dilaksanakan sewaktu Anthony Loke memegang jawatan Menteri Pengangkutan pada tahun 2018 sehingga 2020. 


Kini beliau sekali lagi menjawat kementerian yang sama, saya berharap rakyat bakal dimanfaatkan dengan polisi ini sekali lagi. 


Terdahulu Chiew berkata, Pusat Khidmat Harapan (Keadilan) Miri telah menerima banyak aduan kebelakangan ini berkenaan kesukaran untuk membeli tiket penerbangan ulang alik dari Semenanjung ke Sarawak akibat jadual penerbangan yang terhad dan harga tiket kapal terbang yang melambung tinggi.


Katanya, masalah penundaan dan pembatalan penerbangan pada saat akhir turut dinyatakan dalam aduan-aduan yang diterima. 

Next Post Previous Post